suria

Wanita Dakwa Saudara Mangsa Nahas Germanwings Untuk Penerbangan Percuma

SEORANG wanita dilapor mendakwa dirinya sebagai saudara mangsa nahas Germanwings untuk mendapatkan penerbangan percuma ke selatan Perancis pada bulan lalu.

Berikutan itu, polis kini memulakan siasatan untuk mengesan wanita terbabit dan kaitan dirinya dengan mangsa nahas.

Syarikat Lufthansa pada bulan lalu telah menyediakan penerbangan khas kepada keluarga mangsa nahas pesawat Germanwings yang mengorbankan 150 penumpang dan anak kapal di Pergunungan Alps pada 24 Mac.

Akhbar Halterner Zeitung mendedahkan, wanita terbabit didakwa telah menaiki penerbangan secara percuma sebanyak dua kali selepas menipu dia adalah sepupu kepada seorang guru yang terkorban.

Jurucakap polis, Hoexter berkata, pihaknya kini sedang mengesan wanita terbabit dan dia akan dipanggil untuk siasatan.


Germanwings, Perancis

Artikel Sebelum

31 Maut Nahas Bas Di Maghribi

Artikel Lain