suria

33 Terkorban Serangan Berani Mati Di Afghanistan

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 33 terbunuh dan 100 yang lain cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan di sebuah bank di timur bandar Afghanistan pada Sabtu, demikian menurut pegawai.

"Sebanyak 33 mayat dan lebih daripada 100 mangsa yang cedera dihantar ke hospital," kata Ketua Hospital wilayah Nangarhar, Najeebullah Kamawal kepada AFP.

"Letupan berlaku di luar sebuah bank semasa kakitangan kerajaan sedang sibuk mengambil gaji bulanan mereka," kata Ketua Polis Nangarhar, Fazal Ahmad Shirzad.

Jurucakap kerajaan di wilayah itu, Ahmad Zia Abdulzai mengesahkan serangan tersebut.

Sementara itu jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menafikan kumpulannya bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Jalalabad, Afghanistan

Artikel Lain