suria

Tiga Warga Indonesia Rayu Bantuan Jokowi Elak Dihukum Mati

Ennah tidak dapat menahan sedih ketika menelefon Ato yang memohon untuk mendapatkan bantuan guaman bagi mengelak dikenakan hukuman mati di Arab Saudi.

CIREBON: Seorang lelaki Indonesia yang bekerja di Arab Saudi merayu Presiden Joko Widodo supaya menghantar bantuan guaman untuk membela dirinya dan dua rakannya yang kini berdepan hukuman mati.

Nawali Hasan Ihsan @ Ato Suparto, 41 mewakili dua lagi warga Indonesia membuat permintaan itu semasa dihubungi kakaknya, Ennah menerusi telefon, Sabtu lalu.

“Saya benar-benar meminta Pak (Presiden) Jokowi bantu kami di sini sesungguh mungkin. Tolong pak, peguam Indonesia sudah tidak ada kerana sudah tidak ada wangnya. Kami bimbang, masalah kami berpanjangan dan tetap akan dihukum mati,” kata Ato kepada Ennah, 45, yang menetap di Cirebon, Jawa Barat.

Kebetulan ketika dihubungi kakaknya itu, beberapa wartawan berada di rumah Ennah untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib Ato yang tersenarai dalam daftar warga Indonesia yang berdepan hukuman mati di Arab Saudi.

Hukuman pancung ke atas pembantu rumah warga Indonesia, Siti Zaenab dan Karni membuat keluarga Ato bimbang kemungkinan dia akan menerima nasib sama.

Ato bakal berhadapan hukuman itu selepas ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dengan rakan senegaranya, Fatimah hingga menyebabkan kematian wanita itu pada 2011.

Jokowi, Arab Saudi, Ato Suparto

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain