Pusat gempa itu terletak 87km barat daya Kimbe, Papua New Guinea dan 3,659km tenggara Semporna, Sabah katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan, katanya.
Sementara itu, gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 11.12 pagi tadi menyebabkan gegaran sehingga dapat dirasakan di beberapa kawasan di Selangor.
Perkembangan gempa bumi itu sedang dipantau oleh jabatan berkenaan, kata kenyataan itu lagi.