SEBUAH apartment sembilan tingkat di barat daya China yang didiami 35 keluarga runtuh dalam masa beberapa saat. Runtuhan berlaku pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan di wilayah Guizhou. Operasi menyelamat telah dijalankan tetapi setakat ini bilangan mangsa masih belum diketahui. Sekurang-kurangnya lima daripada 114 penduduk hilang dan pihak berkuasa masih menyiasat tentang di mana 21 penduduk yang lain berada. Laporan tempatan menunjukkan bahawa runtuhan tersebut berlaku akibat tanah runtuh. Penduduk lain di kawasan itu kini telah dipindahkan. Menurut laporan tempatan, tanah runtuh di atas bukit di sebelah bangunan itu berkemungkinan menyebabkan apartment tersebut runtuh berikutan hujan lebat selama seminggu di rantau ini. Seorang penduduk dari blok bersebelahan apartmen yang tidak mahu dinamakan, berkata: "Seluruh struktur bangunan telah runtuh." "Saya berada di bilik mandi dan saya mendengar bunyi yang kuat. Saya fikir ia adalah gempa bumi." Seorang ejen hartanah tempatan, yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang berkata: "Runtuhan itu mungkin telah disebabkan oleh tanah runtuh." "Berlaku hujan lebat baru-baru ini dan banyak tempat yang dinaiki air.' Masih belum jelas sama ada terdapat sebarang kecederaan.