suria

Gempa Bumi 6.8 Magnitud Gegar Kepulauan Solomon

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda perairan Kepulauan Solomon awal pagi Sabtu dan merupakan gegaran ketiga dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa. 

Agensi Penyelikian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kedalaman 10 kilometer (km), iaitu 205km dari Kirakira dan 448km dari ibu negara Honiara. 

Ia adalah gempa hari ketiga berturut-turut melanda Solomon iaitu sebelum ini berukuran 6.0 magnitud atau lebih. 

Pada Jumaat gempa 6.0 magnitud melanda kepulauan itu pada awal pagi dan 6.9 magnitud pada Khamis. - AFP
Gempa Bumi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain