suria

Gelang Elektronik Jemaah Umrah, Haji

JEDDAH: Pemaianan gelang elektronik yang mengandungi maklumat penting mengenai diri jemaah umrah dan haji akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Setakat ini, kajian keberkesanannya sudah disiapkan Kementerian Haji dan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Akhbar Al-Watan yang memetik sumber kerajaan melaporkan, ketika ini, projek berkenaan berada di Kementerian Kewangan untuk cadangan bajet.

"Sebaik kementerian itu dan pihak berkuasa berkaitan meluluskannya, Kementerian Haji akan melaksanakannya serta-merta,” kata sumber itu.

Menurutnya, gelang elektronik itu kalis air dan akan dipakai setiap jemaah.

“Ia mengandungi kod bar yang menyimpan maklumat penting jemaah, termasuk alamat di Saudi dan rekod penuh perubatan. Dengan mengimbas kod itu, kementerian akan memperoleh maklumat yang diperlukannya,” kata sumber itu lagi.

Projek itu mempunyai enam fasa, bermula dengan kajian awal, merancang, mendapatkan kelulusan, pembentukan jawatankuasa, pembuatan dan pelaksanaan, pengagihan serta pengawasan.

Selain maklumat mengenai jemaah, gelang elektronik itu juga akan dilengkapi peringatan waktu solat, tanda arah kiblat bagi memudahkan si pemakai serta cara-cara mengerjakan umrah dan haji.


gelang elektronik, Arab Saudi, haji, umrah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain