SINGAPURA: Kumpulan Negara Islam (IS) bertindak untuk mensasarkan Singapura, Amerika Syarikat dan Filipina sebagai sasaran terbaharu mereka untuk melakukan serangan, lapor seorang pakar di sini pada Jumaat. Pengikut IS di wilayah ini turut memberitahu bahawa Filipina dan Amerika Syarikat bakal menjadi sasaran, jelas penganalisis Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Jasminder Singh yang membuat laporan mengenai ancaman, lapor The Straits Times. Perkembangan terbaharu itu diketahui apabila Malaysia menahan sekumpulan militan yang membuat letupan mensasarkan Putrajaya dan Parlimen pada bulan lalu. Kementerian Dalam Negeri Singapura turut mengumumkan penahanan seorang pelajar berusia 19 tahun yang merancang untuk menyertai pertempuran di Syria dan pada masa sama melancarkan serangan di sini. Ancaman melakukan serangan terhadap Singapura dijangka semakin berleluasa sebagai IS apabila unit pertempuran kepulauan Melayu, Katibah Nusantara yang ditubuhkan di Syria Ogos lalu untuk militan Asia Tenggara, yang lebih mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Indonesia dan Melayu berbanding bahasa Arab, jelas laporan tersebut. Selain itu, lebih 700 pejuang militan dari Indonesia serta 200 dari Malaysia menyertai pertempuran di Iraq dan Syria, jelas Jasminder singh di dalam laporan yang diterbitkan minggu ini. Menurut Ketua Pusat Politik dan Penyelidikan Keganasan Singapura, Professor Gohan Gunaratna, unit tersebut menimbulkan ancaman berbahaya terhadap Singapura dan juga Asia Tenggara. "Unit tersebut mempunyai beberapa objektif iaitu melatih pejuang yang berkebolehan untuk melakukan serangan di Iraq dan Syria, untuk menghasut mereka melakukan serangan di negara sendiri dan secara menyeluruh di Asia Tenggara menggunakan dalam talian, malah merekrut mereka dan menawarkan kemudahan fizikal untuk mereka memasuki Iraq dan Syria," jelasnya. Tambahnya lagi, terdapat beberapa strategi untuk menangani masalah ini iaitu mendedahkan mengenai kejahatan dan kemusnahan IS terhadap umum menggunakan 'online' (sistem dalam talian), serta pemimpin Islam seluruh dunia juga patut bertanggungjawab dalam mengetuai usaha untuk menangani IS.