KABUL: Kementerian Dalam Negeri Afghanistan mengesahkan enam anggota kumpulan Taliban yang melancarkan serangan ke arah bangunan Parlimen di Kabul terbunuh.
Penyerang didakwa meletupkan bom kereta di luar bangunan tersebut.
Polis mengosongkan bangunan tersebut sementara cuba bertempur dengan penyerang bersenjata itu.
Kumpulan Taliban berkata mereka melancarkan serangan tersebut ketika undian untuk menyokong seorang menteri pertahanan yang baharu, Massoom Stanekzai.
Tiada bunyi tembakan didengari selama beberapa minit.Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan cedera dalam serangan itu.
Beberapa gambar di laman media sosial menunjukkan bangunan Parlimen dipenuhi asap dan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Stesen televisyen sedang bersiaran secara langsung dari bangunan tersebut apabila penyerang melancarkan serangan dengan Ahli Parlimen dilihat bertempiaran lari meninggalkan bangunan itu.