suria

Polis Australia Berjaya Kawal Rusuhan Dalam Pusat Tahanan Reman

Pasukan polis Australia dalam operasi mengambil alih semula kawalan dalam sebuah pusat tahanan reman di Melbourne setelah para tahanan melancarkan rusuhan ekoran membantah peraturan larangan merokok.

MELBOURNE: Polis Australia telah berjaya mengambil alih situasi kacau bilau dalam sebuah pusat tahanan reman di sini ekoran kejadian rusuhan para tahanan setelah mereka dikenakan peraturan baru larangan merokok.

Insiden tersebut yang berlaku tengah hari Selasa jarang-jarang terjadi di Australia telah mencetuskan kebimbangan ramai.

Staf dan pelawat terpaksa dipindahkan dengan segera kerana khuatirkan keselamatan diri mereka.

Polis kemudiannya terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan yang tidak terkawal itu. Kerajaan Negeri Victoria mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut laporan BBC, para tahanan telah memecah tingkap dan dinding malah ada yang membakar peralatan bangunan setelah mereka mendapat tahu yang Negeri Victoria bercadang untuk melaksanakan larangan merokok di pusat-pusat tahanan reman.

BBC memetik maklumat yang diperolehi daripada kerajaan negeri bahawa lebih 80% para banduan dan tahanan reman di Negeri Victoria adalah perokok tegar.

Sementara kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakan peraturan tersebut dalam usaha mereka untuk memperbaiki tahap kesihatan banduan dan juga staf.

Melbourne, Australia, Victoria

Artikel Lain