Sekurang-kurangnya 36 orang telah meninggal dunia, 118 selamat dan 19 lagi dilapor masih hilang, menurut penjaga pantai.
Kim Nirvana dari bandar tengah Ormoc sedang menujuk ke pulau Camotes apabila ia terbalik, menurut pejabat pengawal pantai di Manila.
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Ketua Palang Merah Filipina Richard Gordon memberitahu CNN bahawa kapal tersebut mampu membawa hingga 193 penumpang.
Dia pasti bahawa kapal tersebut tidak membawa muatan berlebih.
"Angin begitu kencang dan gelombang laut begitu deras."
Kim Nirvana ini adalah kapal penumpang yang diperbuat daripada kayu dengan enjin kecil .
Penumpangnya terdiri daripada orang-orang kebanyakan seperti petani atau nelayan. Mereka biasa menyeberang pulau-pulau kecil ini untuk jual beli.