TOKYO: Gempa bumi dengan bacaan 5.2 skala Richter melanda timur Jepun pada Khamis, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor badan penyiaran rasmi negara itu. Kejadian yang berpusat di wilayah Ibaraki itu menyebabkan bangunan di sekitar bandaraya ini bergegar, menurut NHK. Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kerosakan diterima.