POLIS Sepanyol menyerbu sebuah kedai menjual barangan di laman sosial kerana memasarkan pakaian menyerupai bendera kumpulan militan Negara Islam (IS). Premis itu juga turut menjadikan saat seorang pekerja kemanusiaan, Alan Henning disembelih sebagai gambar di kedainya. Henning dari Manchester disembelih oleh IS pada Oktober tahun lalu di Syria selepas dia diculik. Selain serbuan, pihak berkuasa Sepanyol turut mengarahkan premis tersebut menghentikan operasi dan menutup premis berkenaan. Menurut gambar yang didedahkan kerajaan Sepanyol, premis berkenaan menjual beg, kemeja-t, seluar, dan baju sejuk - kesemuanya berwarna hitam.