suria

Tiga Militan Ditahan, Serangan Bom Di Solo Gagal

Nur Ali

JAKARTA: Rancangan pengganas untuk melancarkan serangan bom di Solo ketika sambutan hari kemerdekaan Indonesia pada Isnin berjaya digagalkan susulan penahanan tiga militan.

Siasatan polis negara itu mendapati, militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) itu merancang menyerang gereja dan balai polis di daerah itu.

Solo adalah bandar kelahiran Presiden Joko Widodo, tetapi belum dapat disahkan sama ada beliau akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-70 negara itu di bandar itu.

Ketua polis Solo, Nur Ali berkata, suspek ditahan oleh anggota skuad antipengganas polis Indonesia di bandar itu pada Rabu lalu.

“Hasil kerja keras polis dan bantuan orang ramai, pihak berkuasa menggagalkan cubaan serangan pengganas ini,” katanya.

Menurutnya, tiga suspek yang ditahan adalah seorang pembuat bom berusia 29 tahun dan dua lelaki yang membantu membancuh bahan letupan serta meninjau sasaran yang sesuai.

Bagaimanapun, Nur tidak mendedahkan identiti kesemua suspek.

“Semua lelaki ini mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS di Syria,” jelasnya.




Solo, Joko Widodo, Indonesia

Artikel Lain