JAKARTA: Pesawat mencari dan menyelamat Indonesia pada Isnin mengesan serpihan yang dipercayai pesawat Trigana Air yang terhempas di wilayah Papua, kata ketua polis tempatan, Yunus Wally. Bercakap kepada agensi berita Antara, serpihan itu dipercayai dari pesawat itu dikesan di kawasan hutan tebal Gunung Bintang. "Benar, sebuah pesawat AMA (Persatuan Misi Penerbangan) dilaporkan mengesan serpihan pesawat di sekitar air terjun Oksop," kata Wally. Pesawat Trigana Air jenis ATR 42-300 yang membawa 54 orang terhempas pada Ahad. - Reuters