BANGKOK: Ketua Polis Thailand pada Khamis berkata, sekurang-kurangnya 10 individu disyaki terlibat dalam serangan bom di Bangkok Isnin lalu yang mengorbankan 20 orang, dengan lebih separuh daripadanya adalah warga asing. Terdahulu, polis berkata, mereka percaya sekurang-kurangnya tiga individu, termasuk seorang lelaki warga asing, terlibat dalam serangan di kuil terkenal di bandar raya itu. "Ia merupakan rangkaian yang besar. Terdapat persediaan menggunakan ramai orang," kata ketua polis, Somyot Poompanmuang kepada pemberita. "Ini termasuk mereka yang membuat pengawasan di jalanan, menyiapkan bom itu dan mereka yang berada di lokasi... dan mereka yang tahu laluan melarikan diri," katanya. "Sekurang-kurangnya 10 orang terlibat," tambahnya. - Reuters