EMPAT pelancong warga British maut selepas sebuah pesawat ringan yang membawa mereka bersiar-siar di udara terhempas di kawasan pergunungan di Quebec Canada. Bangkai pesawat itu dilapor ditemui oleh pasukan payung terjun tentera udara Canada yang membuat pencarian. Pesawat Air Saguenay itu dilapor baru berlepas selama 20 minit dalam keadaan baik sebelum terhempas. Naib Presiden Air Saguenay, Jean Tremblay berkata, kesan pesawat itu terhempas agak ngeri, oleh itu mungkin tiada mangsa yang terselamat. "Pesawat dalam keadaan baik ketika berlepas dan cuaca juga baik. Ia merupakan hari tidak baik untuk kami, ia amat sukar diterima oleh pasukan Air Saguenay," jelasnya.