LILLE, Perancis: Seorang anggota polis dan bayi antara empat mangsa yang ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di kem gipsi di utara negara berkenaan pada Selasa. Dalam kejadian di bandar Roye itu, tiga orang termasuk suspek turut mengalami kecederaan. Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memberitahu pemberita, tiga orang termasuk seorang bayi, seorang lelaki dan wanita telah ditembak mati dengan kejam. "Seorang anggota polis yang mengalami kecederaan serius akibat ditembak telah meninggal dunia selepas itu. "Seorang lagi anggota polis dan kanak-kanak berusia tiga tahun turut dilaporkan mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat," jelasnya. Saksi memberitahu, suspek yang berada dalam keadaan mabuk bertindak menembak anggota polis berkenaan yang hadir ke situ untuk melakukan siasatan. Suspek juga kini berada dalam serius selepas mengalami kecederaan parah akibat pergelutan.