TOKYO: Gunung Aso yang terletak di selatan kepulaun Kyushu, Jepun meletus pada Isnin selepas kepulan asap dan debu tebal memenuhi kawasan sekitarnya termasuk ruang udaranya hingga ketinggian 2,000 meter, demikian menurut agensi kaji cuaca negara itu.
Jepun berada dikawasan "lingkaran api" yang bentuknya seperti ladam kuda di mana terdapat lebih 100 gunung berapi berapi yang masih aktif mengelilingi Lautan Pasifik.
Tahun lepas, Gunung Ontake di tengah Jepun yang meletus secara mengejut telah mengakibatkan 63 maut dan disifatkn bencana paling teruk dalam masa 90 tahun.
Pada Mei, pulau terpencil di selatan Kyushu dipindahkan akibat letusan yang berlaku. - Reuters