suria

Warga Kaukasia Terlibat Misi Buru Marwan

Individu bermata biru yang didakwa orang Kaukasia terlibat dalam operasi SAF.

MANILA: Sebuah kamera fokus ke arah mayat seorang lelaki kelihatan seperti orang Kaukasia dengan mata kanan dan mulutnya separuh terbuka manakala mata kiri tertutup.

Mayat yang berlumuran darah itu ditemui terbaring bersama beberapa anggota komando Pasukan Tindakan Khas (SAF) Filipina yang turut terkorban dalam pertempuran di Mamasapano pada 25 Januari lalu.

Mayat tersebut muncul beberapa minit pertama dan pada minit terakhir di dalam sebuah rakaman video selepas pertempuran berdarah di Mamasapano.

Video itu diserahkan kepada The Inquirer oleh seorang wartawan di sebuah stesen televisyen yang membuat liputan siasatan mengenai pertempuran berdarah tersebut.

Namun timbul khabar angin mengenai dakwaan wujudnya warga Amerika di kalangan komando SAF yang menyertai operasi rahsia untuk memburu pengganas dari Malaysia, Zulkifli Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan.

Marwan adalah pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara kerana terlibat dalam aktiviti keganasan termasuklah berkebolehan dalam membuat bom.

Namun khabar angin itu masih lagi hangat diperkatakan dan seminggu selepas pertempuran Mamasapano, SAF menamatkan misinya di negara tersebut.

Salah seorang anggota komando yang maut itu didakwa sebagai "lelaki bermata biru".

Video tersebut diperolehi seorang wartawan TV menerusi sumber dari Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) adalah petunjuk pertama penglibatan warga asing dalam operasi SAF untuk membunuh Marwan.



Marwan, Kaukasia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain