suria

Tentera British Bunuh 6 Militan IS

SEORANG anggota pasukan elit seliaan Tentera Darat British, Special Air Service (SAS) membunuh enam pengganas Negara Islam (IS) di Syria selepas diserang hendap dalam pertempuran.

Anggota yang tidak dinamakan itu beroperasi di Syria ketika cuba menyeludup ejen rahsia keluar dari negara itu.

Mereka cuba untuk membawan ejen berkenaan menyeberangi sempadan dari Syria ke Iraq.

Bagaimanapun tentera British berhadapan detik cemas apabila diserang hendap oleh 30 militan.

Satu sumber memberitahu akhbar Daily Star bahawa: "Ia merupakan satu pertempuran klasik kerana mereka kehilangan sumber ketika serangan hendap itu berlaku.

"Mereka kekurangan senjata api dan anggota, namun mereka tetap tenang dan fokus."

SAS, Militan IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain