MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis meningkat kepada 717 orang, kata Pertahanan Awam Arab Saudi. Sekurang-kurangnya 805 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di Jalan 204 di Mina, di luar Makkah ketika ibadah melontar jamrah. Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar. Kira-kira dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.