suria

Jerebu: Singapura Catat Kualiti Udara Tidak Sihat

SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura hari ini dikategorikan tidak sihat berikutan jerebu dari Sumatera, Indonesia, yang dibawa tiupan angin dari selatan dan barat daya.

Setakat 8 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam berada dalam lingkungan 152 hingga 186, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura.

Bacaan PSI 24 jam melepasi 100 menandakan kualiti udara tidak sihat manakala antara 201 dan 300 pula, sangat tidak sihat.

Jerebu, Udara Tidak Sihat

Artikel Sebelum

Artikel Lain