ANAK kapal syarikat penerbangan Jet Airways berusia 25 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup emas bernilai 27 juta Rupee (RM1.8 juta) sebaik tiba di Lapangan Terbang Mumbai dari Dubai. Penahanan anak kapal lelaki itu dibuat sebaik tiba di Lapangan Terbang Mumbai dari Dubai pada Khamis selepas pihak berkuasa menemui jongkong emas dalam sofa di lapangan terbang itu. Pembabitannya terbongkar apabila pihak berkuasa meneliti rakaman CCTV di lapangan terbang itu. Susulan itu tumpuan diberikan kepada Deepak Pandey yang dilihat membuang jongkong emas itu untuk mengelak ditahan. Ketika disoal siasat, Pandey mengaku bersalah melakukan jenayah itu kerana dijanjikan habuan 50 ribu Rupee.