ATLANTA: Georgia melaksanakan hukuman mati kepada seorang pesalah wanita buat pertama kali di negara itu selepas 70 tahun. Siaran televisyen tempatan, WSB-TV melaporkan, negara tersebut kembali melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah wanita selepas 70 tahun menghentikannya. Banduan itu, Kelly Gissendaner, 47, disahkan mati selepas diberi suntikan pada pukul 12.21 pagi di sebuah penjara di Jackson, Georgia. Gissendaner dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan suaminya pada 1997. Sebelum itu, hukuman mati tersebut turut ditentang oleh pelbagai pihak yang mahu hukuman ditukarkan. Bagaimanapun tiada perubahan dilakukan sehingga pesalah berkenaan diberi suntikan sebagai hukuman mati.