suria

Pesawat Terhempas, 11 Termasuk Enam Anggota Tentera AS Terbunuh

KABUL: Seramai 11 orang termasuk enam anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh apabila sebuah pesawat jenis A C-130 milik tentera terhempas di timur Afghanistan pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat itu dilapor sedang melakukan latihan anti-pengganas bersama tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Walaupun punca kejadian belum diketahui setakat ini namun pasukan berkenaan juga dilaporkan mempunyai agenda untuk menawan semula kawasan Kunduz yang ditakluki pengganas.

"Pesawat C-130 itu terhempas pada awal pagi Jumaat - menyebabkan enam anggota tentera dan beberapa orang awam serta kontraktor terkorban," jelas Kolonel Tentera AS, Brian Tribus.

Kontraktor berkenaan merupakan pekerja sokongan untuk misi Nato di Afghanistan dalam memerangi pengganas.

Afghanistan, Pengganas

Artikel Lain