SINGAPURA: Roda ketiga untuk mendarat di bahagian hadapan pesawat Singapore Airlines (SIA) tiba-tiba patah di Lapangan Terbang Changi, pagi Ahad. Menurut jurucakap SIA, pesawat jenis Airbus A330-300 itu berada di depan pintu pelepasan kira-kira pukul 8 pagi ketika insiden tersebut berlaku. "Tiada penumpang atau anak kapal di dalam pesawat pada ketika itu. Seorang jurutera yang berada di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan. "SIA akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata jurucakap itu. Pesawat tersebut yang menggunakan nombor penerbangan SQ890 dijadualkan berlepas ke Hong Kong dari Terminal 3, Lapangan Terbang Changi kira-kira pukul 7.30 pagi sejurus tiba dari Lapangan Terbang Pudong, Shanghai selepas tengah malam hari yang sama. Namun pesawat lain digunakan untuk menggantikan pesawat tersebut.