suria

Turki Berkabung, Letupan Ragut 95 Nyawa

Mangsa yang cedera sedang menunggu rawatan.

TURKI memulakan tempoh berkabung selama tiga hari pada Ahad selepas dua insiden letupan berlaku semasa perhimpunan aman anti kerajaan di Angkara yang menggorbankan 95 nyawa pada Sabtu.

Insiden berdarah itu turut mencederakan 245 orang dengan 48 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Rakaman televisyen menunjukkan keadaan cemas di sekitar kawasan dan beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya.

Kerajaan menyifatkan serangan tersebut sebagai 'tindakan pengganas' dan menolak dakwaan bahawa mereka sepatutnya dipersalahkan atas insiden tersebut.

"Kami mengesyaki terdapat kaitan pengganas," kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.

Berikutan serangan berkenaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membatalkan lawatan ke Istanbul.

Pada lewat malam Sabtu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Erdogan dan mengucapkan takziah serta bersimpati terhadap mereka yang terkorban dan cedera dalam insiden itu.

Letupan yang belum diketahui punca itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati.

Perhimpunan itu dilakukan bagi membantah konflik yang timbul antara kerajaan dengan militan Kurdish yang tinggal di tenggara negara itu.

Artikel Lain