SINGAPURA: Keadaan jerebu di republik ini merosot sejak kira-kira pukul 9 malam Isnin, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA). Ini berikutan jerebu lebih tebal yang dibawa angin dari arah selatan-tenggara dari kawasan laut di sebelah selatan. Pada pukul 11 malam Isnin, indeks standard pencemaran (PSI) 24-jam mencatat bacaan tidak sihat antara 104 hingga 152. Sementara pada pukul 8 pagi hari ini, bacaan PSI 24-jam adalah pada kadar tidak sihat antara 105 hingga 171. Jerebu dijangka berterusan sepanjang hari ini.