suria

Singapura Kembali Dilanda Jerebu, Ketampakan Rendah Hari Ini

SINGAPURA: Singapura kembali dilanda masalah jerebu dengan ketampakan rendah pada Selasa, demikian menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Menurut NEA kualiti udara berada pada peringkat pertengahan tidak sihat dan keadaan itu dijangka berterusan sepanjang hari.

Sehingga pukul 7 malam tadi, bacaan indeks standard pencemaran (PSI) 24-jam berada pada 127-153 iaitu tahap tidak sihat manakala kepekatan zarah terampai (PM) 2.5 bagi tempoh satu jam adalah 65-125g/m3.

Jumlah titik panas yang dikesan di Sumatera dan Kalimantan pada Selasa, masing-masing adalah tujuh dan 13. Bilangan yang rendah itu berikutan terlindung oleh awan.

Pada Rabu, angin yang bertiup dari timur diramal lemah dan keadaan jerebu serta ketampakan rendah juga boleh dijangkakan.

Hujan dan petir juga diramalkan pada tengah hari manakala kualiti udara untuk tempoh 24 jam akan datang dijanga berada di peringkat pertengahan dan tinggi tahap tidak sihat. - BERNAMA

jerebu, Singapura

Artikel Lain