suria

Bunyi Dentuman Kuat Sebelum Pesawat British Airways Mendarat Cemas

SEBUAH pesawat British Airways dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas pada malam Selasa selepas penumpang terdengar bunyi dentuman kuat.

Portal Mirror melaporkan penerbangan British Airways yang baharu sahaja berlepas dari Belfast, Ireland untuk ke London, United Kingdom terpaksa mendarat cemas selepas masalah disyaki melibatkan teknikal dikesan.

Pesawat berkenaan mengelilingi di ruang udara selama setengah jam sebelum mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Belfast.

Seorang penumpang, Justin Hames berkata: "Kami berlepas kira-kira 7.35 malam Selasa (3.35 pagi Rabu waktu Malaysia) dan semasa berlepas, kami mendengar satu bunyi dentuman kuat, dan kami hanya terbang di sekitar Belfast selama kira-kira setengah jam sebelum kami mendarat.

Memetik laporan Belfast Live, juruterbang mengisytiharkan kecemasan selepas mengesyaki masalah teknikal dan mengelilingi di runag udara sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Belfast.

Pesawat Airbus A-319 itu hanya membuat penerbangan sejauh 22 kilometer untuk ke Lapangan Terbang Heathrow di London, di mana ia sepatutnya dijadualkan tiba pada pukul 8.55 malam Selasa (4.55 pagi Rabu waktu Malaysia).

Seorang jurucakap British Airways berkata, penerbangan terpaksa dilencongkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan masalah yang disyaki melibatkan teknikal dikenal pasti.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan. Pesawat mendarat dalam keadaan biasa selepas dilencongkan sejurus berlepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana isu teknikal," katanya. - Mirror

British Airways

Artikel Lain