MELBOURNE: Seorang lelaki yang melarikan diri ke Malaysia selepas membunuh bekas majikan di sebuah kedai mie di Wagga Wagga, selatan New South Wales dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 tahun setengah, lapor ABC News. Wong Kin Yee, 29, telah menikam mati Li Deng Cheng, 51, hingga mati di kedai Noodle Paradise di Wagga Wagga pada September 2006. Bulan lepas Wong didapati bersalah membunuh oleh juri Mahkamah Tinggi di Griffith. Hari ini dia dijatuhi hukuman penjara berjumlah 22 tahun dengan tempoh tanpa parol 16 tahun enam bulan. Semasa menjatuhkan hukuman Pemangku Hakim Robert Shallcross Hulme mengambil kira beban emosi dan kewangan ahli keluarga Li berikutan kematiannya. ABC melaporkan Wong ditangkap di Malaysia tahun lalu. Menurut keterangan dalam perbicaraan mangsa ditemui di dalam tandas dengan kesan luka di tangan. Selepas menikam mangsa Wong telah menaiki kereta api ke Sydney dan menaiki pesawat ke Malaysia.