KAHERAH: Pasukan penyiasat Mesir dan Rusia akan memulakan pemeriksaan terhadap kandungan dua kotak hitam yang ditemui dari pesawat Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai di Mesir pada Sabtu, kata sumber. Sumber berkata, pemeriksaan akan dilakukan di kementerian penerbangan awam di Kaherah. Pada Jumaat lalu, sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir. Dilaporkan, pesawat Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , berlepas dari lokasi peranginan di Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai.