suria

UberJEK Tolak Pemandu Busuk

JAKARTA: Kehidupan penduduk sekitar bandaraya ini terutama yang menggunakan teksi motosikal bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalanraya akan lebih selesa apabila bau badan pemandu menjadi syarat utama untuk berkhidmat menerusi aplikasi terkini itu.

UberJEK, perkhidmatan tempahan teksi motosikal menggunakan telefon pintar terkini di bandaraya ini memberi jaminan hanya akan menggaji pemandu yang lulus ujian bau badan sebelum memulakan operasi tahun depan.

Laman web syarikat itu memaparkan gambar di mana pelancong asing menghidu bawah lengan warga Indonesia dengan keterangan gambar itu: "Maaf, jika kamu ada masalah bau badan, kamu tidak boleh menjadi pemandu UberJEK".

Teksi motosikal yang dikenali sebagai "ojeks" digunakan sekian lama di bandaraya yang dihuni lebih 10 juga penduduk itu.

Pengasas UberJEK, Aris Wahyudi berkata, beliau memutuskan untuk mengadakan ujian bau badan itu dalam proses pengambilan pekerja selepas mendapat aduan daripada pengguna khidmat ojeks.

"Ujian ini bagi memastikan kepuasan di kalangan pengguna kerana ramai yang mengadu mengenai bau badan yang keterlaluan di kalangan pemandu ojeks," katanya.

UberJEK berharap dapat menggaji pemandu yang bersih dengan bau badan yang menyenangkan bagi menjamin perkhidmatan lebih selesa di kalangan penduduk bandaraya itu.

UberJEK, ojeks, Jakarta

Artikel Lain