PARIS: Muzium awam dan beberapa pusat budaya lain akan dibuka semula kepada orang ramai pada petang Isnin - tiga hari selepas seragan pengganas berlaku pada Jumaat. Kementerian Kebudayaan Perancis berkata, muzium itu akan dibuka pada pukul 1 petang Isnin. Panggung wayang yang diarahkan ditutup selama 24 jam selepas serangan itu juga telah dibuka untuk orang ramai bermula Ahad. Selain itu, sekolah, pusat kemudahan sukan dan pusat membeli-belah juga akan dibuka semula bermula Isnin, dengan kawalan keselamatan diperketatkan. Kerajaan turut mengharamkan sebarang demonstrasi dan perhimpunan dilakukan di Paris.