SANTIAGO: Satu gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan pantai Chile dekat bandar Coquimbo pada Sabtu waktu tempatan, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Ia berkata, gempa tersebut pada awalnya dilaporkan berukuran 5.9 magnitud berpusat 84 kilometer barat daya Coquimbo, sebuah kawasan yang mengalami siri gempa bumi berskala sederhana sejak minggu lalu. Kedudukan gempa bumi hanya pada kedalaman 24.3 kilometer. - Reuters