SAN DIEGO: Seekor badak putih utara berusia 41 tahun mati di Zoo San Diego, Taman Safari, pada Ahad, menjadikan hanya tiga ekor spesies terancam ini yang masih hidup di seluruh dunia, kata pegawai zoo. Nola, badak yang sudah berumur yang telah tinggal di taman Zoo California sejak tahun 1989, telah menerima rawatan untuk jangkitan bakteria, menurut satu kenyataan di laman web zoo. Ia telah diletakkan di bawah pengawasan berterusan veterinar minggu lalu apabila hilang selera dan menunjukkan kemerosotan dalam melakukan aktiviti. Selepas keadaannya ketara semakin teruk, penjaga memilih untuk malakukan eutanasia terhadapnya, kata pegawai zoo. "Nola adalah haiwan ikonik, bukan sahaja di San Diego Zoo Taman Safari, tetapi di seluruh dunia," menurut kenyataan zoo. "Selama ini, berjuta-juta orang belajar tentang Nola dan nasib badak di hutan melalui lawatan ke Taman Safari, banyak cerita media dan siaran media sosial." Tiga ekor baki badak putih utara yang masih hidup berada di Ol Pejeta Conservancy di Kenya, menurut kenyataan zoo di laman Facebook sebagai tindak balas kepada komen daripada peminat Nola.