RIYADH: Seorang tentera Arab Saudi dan dua orang awam terbunuh di sempadan selepas berlaku serangan dari Yaman pada Ahad, jelas Kementerian Dalam Negeri. Anggota tentera pengawal sempadan itu terbunuh di Dahran al-Janub berikutan terkena tembakan yang dilepaskan dari negara jiran pada pagi Ahad. Pada hari sama, dua penduduk Yaman turut maut apabila terkena serangan ketika mereka berada di sempadan kawasan Arab Saudi. Sebelum itu, seorang lagi warga Yaman yang menetap di Arab Saudi terbunuh akibat ditembak oleh penyerang yang melakukan tembakan rambang di Najran yang juga kawasan sempadan pada Sabtu, menurut agensi pertahanan. Berikutan itu, Arab Saudi mendedahkan seramai 80 orang terbunuh di sempadan akibat serangan daripada puak Syiah selepas negara itu melakukan serangan udara terhadap militan Syiah di Yaman.