SINGAPURA: Pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Woodlands (ICA) menemui kira-kira 1.4 kilogram heroin and 1 kilogram kanabis bernilai S$130,400 (S$1=RM3.01) dalam treler yang didaftar di Malaysia, Jumaat. Kenyataan bersama ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata seorang pemandu warga Malaysia berumur 27 tahun dan barangan yang dirampas itu kemudiannya dirujuk kepada CNB untuk siasatan lanjut. Treler itu yang membawa papan diperiksa sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands.