BANGKOK: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun setengah pada Rabu kerana memfitnah raja negara itu. Kes tersebut menimbulkan kebimbangan mengenai tindakan junta tentera melaksanakan undang-undang kejam itu. Seorang pegawai mahkamah berkata, Chayapa Shokpornbudsri, 49, didapati bersalah memfitnah monarki Thailand menerusi Facebooknya. Tertuduh hadir pada perbicaraan tersebut tanpa peguamnya. Menurut pegawai tersebut, Shokpornbudsri dijatuhi hukuman 19 tahun penjara tetapi ia dikurangkan separuh selepas dia mengaku bersalah. Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara sulit. "Dalam kandungan Facebooknya, dia didapati bersalah memfitnah monarki, mengancam keselamatan negara dan melanggar akta jenayah komputer," kata pegawai mahkamah itu.