suria

Cristiano Ronaldo Buka Hotel CR7

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mula memikirkan tentang pelan persaraan dengan mengakui dia tidak mampu menjadi pemain bola sepak untuk selamanya.

Berikutan itu, pemain kebangsaan Portugal berusia 30 tahun yang dijangka akan meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini mula mengorak langkah dengan mewujudkan peniagaan baharu untuk pelan persaraan.

Pada Khamis, Ronaldo mendedah akan membina Hotel CR7 di tiga bandar utama iaitu di Funchal, Lisbon dan Madrid sebagai cabang perniagaan baru.

Dalam pendedahan itu juga, Ronaldo bercadang untuk menjadikan New York sebagai denstinasi seterusnya Hotel CR7 beroperasi.

Bekas pemain Manchester United itu juga mewujudkan hubungan perniagaan dengan Kumpulan Hotel Pestana yang akan menguruskan hotel berkenaan.

"Kerja saya adalah untuk bermain bola sepak, tetapi hidup tidak selalu seperti ini.

"Saya perlu mendedikasikan diri kepada projek baru dan saya mempunyai kumpulan yang terbaik di sekeliling saya.

"Saya berfikir tentang masa depan, anak dan keluarga," jelasnya.

CR7, Real Madrid

Artikel Sebelum

Star Wars 'Serbu' Rumah Putih

Artikel Berikut

Artikel Lain