SHENZHEN (China): Sekurang-kurangnya 91 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh besar di selatan China. Insiden yang berlaku pada Ahad itu mengakibatkan runtuhan 33 bangunan. Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan siasatan dilakukan berhubung kejadian itu. Kejadian tersebut berlaku empat bulan selepas insiden letupan bahan kimia di Tianjin yang mengorbankan lebih 160 orang. Menurut agensi berita Xinhua, hampir 3,000 anggota penyelamat berada di tempat kejadian melakukan operasi mencari dan menyelamat. Pasukan penyelamat menumpukan beberapa kawasan bagi mengesan mangsa yang terselamat. - Reuters