suria

Anggota Pengiring Presiden Indonesia Ditahan Bawa Dadah

JAKARTA: Seorang anggota Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres) ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Kualanamu di Medan pada Isnin.

Akhbar-akhbar tempatan pada Selasa memetik jurucakap polis lapangan terbang itu, Wisnu Budi sebagai berkata, polis menemui dadah seberat 0.38 gram di dalam topi yang dipakai anggota Paspampres itu.

Katanya, pada kejadian lewat petang itu, pasukan pengawal keselamatan lapangan terbang mengesan dadah yang disembunyikan di dalam topi tersebut ketika lelaki terbabit memasuki ruang pemeriksaan imbasan.

Siasatan awal mendapati anggota Paspampres itu dalam perjalanan persendirian dari Medan ke Jakarta, katanya.

Beliau berkata, lelaki yang bertugas dalam pasukan Unit Trafik Pengiring Presiden, Batalion Pengawalan Protokol Negara kini ditahan untuk siasatan lanjut di Balai Polis Militer Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat di Medan. 

Indonesia, Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Lain