suria

Tujuh Ditahan Ada Kaitan Serangan Bom Di Istanbul

Anggota polis forensik meneliti kawasan letupan.

ANKARA: Tujuh individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan bom di Istanbul, kata Menteri Dalam Negeri Efkan Ala.

Dalam serangan pada petang Selasa lalu, seramai 10 pelancong warga Jerman dilaporkan maut.

Seorang suspek meletupkan dirinya di khalayak ramai dekat Sultanahmet yang menjadi destinasi popular pelancong.

Suspek tersebut dipercayai memasuki Turki sebagai pelarian dari Syria

Turki sentiasa membuka pintu sempadan kepada pelarian Syria dan kini menjadi rumah kedua kepada lebih 2.2 juta penduduk pelarian terbesar di dunia.

Namun pintu sempadan ini digunakan pejuang asing yang ingin menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.





kumpulan militan IS, Istanbul

Artikel Sebelum

Artikel Lain