suria

Serangan Jakarta: Kumpulan IS Suspek Utama

Presiden Indonesia, Joko Widodo melakukan tinjauan di lokasi kejadian sambil dikawal ketat polis.

JAKARTA: Sebuah kumpulan di Indonesia yang ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dipercayai melakukan serangan letupan di ibu negara itu pada Khamis.

Menurut jurucakap polis Anton Charliyan, modus operandi kumpulan tersebut disyaki sama seperti insiden serangan di Paris pada November lalu.

"Terdapat keyakinan yang tinggi bahawa insiden ini didalangi kumpulan ISIS.

"Daripada apa yang kita lihat hari ini, kumpulan tersebut meniru modus operandi serangan di Paris," kata Anton.

Kumpulan IS didakwa bertanggungjawab melepaskan tembakan rambang dan melakukan serangan bom di Paris pada November lalu.

Dalam insiden tersebut seramai 130 orang awam dilaporkan terbunuh.

Charliyan berkata kumpulan tersebut mengeluarkan amaran tersirat dengan mengatakan bahawa satu konsert akan berlaku di Indonesia.

Susulan amaran tersebut polis memperketatkan kawalan keselamatan pada sambutan ambang Tahun Baru di ibu negara itu.

Polis turut berjaya mematahkan rancangan serangan pengganas pada Disember lalu.

IS, letupan, Jakarta

Artikel Sebelum

Starbucks Tutup Kedai Di Jakarta

Artikel Berikut

Artikel Lain