suria

AQIM Dedah Nama Anggota Terlibat Serangan di Burkina Faso

AQIM mendedahkan anggotanya bertanggungjawab melancarkan serangan di ibu negara, Burkina Faso.

OUAGADOUGOU: Al- Qaeda Maghreb (AQIM) mengenal pasti tiga anggotanya bertanggungjawab melancarkan serangan di ibu negara, Burkina Fasa pada hujung minggu lalu yang meragut 29 nyawa.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam restoran Cappuccino dan Hotel Splendid pada malam Jumaat mensasarkan untuk menyembelih orang kulit putih.

Lapan warga Burkina Faso, enam Kanada, tiga Ukhraine dan dua Perancis maut dalam serangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, AQIM mendedahkan nama ketiga-tiga anggota yang bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Ketiga-tiga suspek dikenal pasti sebagai al-Battar al-Ansari, Abu Muhammad al-Buqali al-Ansari dan Ahmed al-Fulani al-Ansari.

Kenyataan itu turut menyertakan bersama gambar ketiga-tiga suspek membawa bersama senjata Kalashnikovs.

Dua daripadanya berkulit hitam manakala seorang lagi berkulit cerah, memberi gambaran bahawa dia mungkin berasal dari sebuah kumpulan negara Arab atau Tuareg.

Burkina Faso, AQIM

Artikel Berikut

WhatsApp Hapus Yuran Langganan

Artikel Lain