suria

Remaja Australia Didakwa Rancang Keganasan Guna 'Bom Kangaroo'

SYDNEY: Seorang remaja Australia didakwa melakukan aktiviti keganasan dengan mengadakan perbincangan untuk meletakkan bahan letupan pada kangaroo, melukis simbol Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) pada badannya dan melepaskannya berlari ke arah polis, lapor media pada Khamis, memetik dokumen mahkamah.


Sevdet Besim, 19, yang ditahan dalam serbuan memerangi keganasan di Melbourne pada April lalu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan berkaitan rancangan serangan ketika Hari Anzac untuk memperingati warga Australia dan tentera New Zealand yang meninggal dunia dalam pertempuran.

Pertuduhan kelima berkomplot untuk melakukan perbuatan keganasan telah digugurkan.

Pendakwa raya mendakwa Besim mempunyai perbualan dalam talian dengan seorang lagi remaja di luar negara, yang terlibat dalam penggunaan marsupial semasa serangan.

"Satu komunikasi telah berlaku pada awal pagi Khamis 20 Mac 2015 dengan imej telah dihantar oleh Besim dengan komen "lihat apa yang saya ada haha," lapor Perbadanan Penyiaran Australia, memetik dokumen mahkamah.

"Perbualan diteruskan dengan Besim memperincikan apa yang dilakukannya pada hari itu dan mereka mengadakan perbincangan umum mengenai haiwan dan hidupan liar di Australia termasuk cadangan bahawa kangaroo itu boleh diletakkan dengan bahan letupan C4, dicat dengan simbol IS dan dilepaskan ke arah pegawai polis.


"Besim juga didakwa berkata "Saya suka melibatkan beberapa orang polis" dan "Saya kemudian akan bertemu dengan mereka dan mengambil beberapa kepala ahaha".

Penampilannya di mahkamah berlaku dua hari selepas pihak berkuasa mendakwa seorang remaja di Sydney berusia 18 tahun yang mengumpul dokumen mengenai cara-cara untuk mengadakan tindakan keganasan.

Kebimbangan Canberra terhadap ancaman pengganas di negara sendiri semakin memuncak dan ia telah meningkatkan tahap amaran ancaman keganasan kepada tinggi pada bulan September 2014.

Pihak berkuasa telah menjalankan beberapa siri serbuan memerangi keganasan di beberapa bandar, manakala kerajaan telah meluluskan undang-undang keselamatan negara baru.

Besim ditahan reman dan akan muncul di Mahkamah Agung Victoria pada 3 Februari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain