suria

Hari Keluarga Masjid Catat Rekod Ikatan Pelikat Terpanjang

Yaakob (kiri) bersama penyanyi kelahiran Singapura, Datuk Ramli Sarip (dua dari kiri) turut hadir memeriahkan Hari Keluarga Masjid yang pertama, Ahad.

SINGAPURA: Lebih 7,000 menghadiri Hari Keluarga Masjid yang pertama diadakan di negara ini melibatkan 69 masjid di Taman Pasir Ris pada Ahad.

Malahan, rantaian manusia mengikat kain pelikat sepanjang 530 meter juga direkodkan pada majlis anjuran Majlis Agama Islam Singapura.

Lebih 500 peserta program terlibat mengikat kain pelikat itu.

Program berkenaan sebagai simbolik untuk merapatkan hubungan antara jemaah semua masjid di negera itu, selain mengiktiraf sumbangan sukarelawan masjid kepada komuniti Islam di ini.

Enam keluarga terpilih menerima Anugerah Keluarga Masjid Contoh kerana sumbangan mereka.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Yaacob Ibrahim yang hadir pada majlis itu berkata, institusi masjid menyumbang kepada kehidupan sosio agama komuniti Islam di Singapura.

Malahan, beliau yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam berkata, institusi masjid itu akan terus membuka pintu tanpa mengira agama dan bangsa.

Artikel Sebelum

Zika Dikesan Di Indonesia

Artikel Berikut

Artikel Lain