suria

Elak Terima Derma Darah Individu Ke Rantau Terjejas Virus Zika - WHO

Kegiatan pencegahan dengan menyembur ubat pembiakan nyamuk dipergiatkan di Caracas, Venuzuela yang ketika ini telah merekodkan beberapa kes virus Zika.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan supaya menolak darah yang didermakan individu yang melancong ke rantau yang dijangkiti virus Zika.

Setalat ini, Eropah dan Amerika Utara telah merekodkan berpuluh kes melibakan pelancong yang pulang dari kawasan yang terjejas.

WHO menekankan mengenai kaitan antara Zika dan kecacatan menyebabkan bayi baharu lahir dengan saiz kepala yang kecil dan menggesa pihak berkuasa kesihatan supaya berjaga-jaga.

"Dengan risiko penularan jangkitan terbaharu virus Zika di banyak negara dan potensi kaitannya dengan virus itu menyebabkan kecacatan dan akibat klinikal lain, langkah berjaga-jaga perlu diambil terhadap derma darah dari mereka yang pulang dari kawasan dijangkiti virus itu," kata jurucakap WHO, Tarik Jasarevic.

Sementara itu, mengenai kes pertama di Eropah, Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata, seorang wanita mengandung yang kembali dari Colombia mungkin dijangkiti virus berkenaan.

"Salah seorang pesakit dari timur laut Catalonia iaitu wanita mengandung, menunjukkan simptom selepas melancong ke Colombia," kata kementerian itu.

Pegawai kesihatan wilayah, Joan Guix berkata, wanita berusia 41 tahun dari Amerika Latin yang menetap di Sepanyo itu mengandung 13 minggu. - AFP





Zika, WHO, Amerika Utara

Artikel Lain