suria

Virus Zika Dikesan Dalam Air Ketuban

Gambar hiasan.

LONDON: Dr Ana de Filippis, seorang penyelidik melaporkan penemuan virus Zika dalam air ketuban dua wanita mengandung pada Rabu.

Malah, kedua-dua janin mereka didiagnosis dengan mikrosefali.

Dalam satu kajian diterbitkan jurnal Lancet Infectious Diseases, saintis berkata penemuan virus Zika boleh menembusi selaput plasenta (uri) atau air ketuban tetapi penemuan itu tidak membuktikan punca mikrosefali.

Mikrosefali merupakan penyakit bayi dilahirkan dengan kepala kecil.

Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan kaitan antara mikrosefali dan virus Zika.

"Kajian ini tidak boleh menentukan jika virus Zika dalam dua kes ini menjadi punca jangkitan mikrosefali pada bayi.

"Sehingga kita memahami mekanisme biologi mengaitkan virus Zika dengan mikrosefali, kita tidak pasti kaitan kedua-duanya," kata.

Dr Ana mengetuai kajian mengenai virus tersebut di Institut Oswaldo Cruz di Rio de Janeiro.

Ramai saintis percaya Zika, virus bawaan nyamuk yang melanda benua Amerika kini mungkin punca penyakit mikrosefali pada bayi dan penyakit saraf, sindrom Guillain-Barre.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain